selamat pagi dan salam penghulu hari .. hari ini admin nak share sikit infomasi part posisi posisi player Netball .. kita share share ilmu yang bagus di pagi hari yang indah ini ye ..
Dalam 1 team bola jaring ada 7 orang player utama dan 3 orang player simpanan in case player awal tu injured boleh la player simpanan tu join game tu .. setiap player mempunyai tugas2 masing2..
GK atau lebih sinonim dengan nama penjaga gol ni tugas dia menjaga kawasan jaringan dan akan menjadi penghalang yang tegar bagi memberi pihak lawan masuk dalam kawasan dia aka hakak kawasan .. kawan baik GK ialah GD .. GK dan GD mesti berkerjasama untuk selamatkan team. GK juga boleh keluar masuk kawasan gol ..
GD merupakan pertahanan untuk gol. tugas penting untuk GD ialan menghalang penyerang pihak lawan dari membuat jaringan. GD boleh juga menerima hantaran dari tengah dan menghalang hantaran dan mengawal player sama ada dekat kawasan tengah mahu pun kawasan gol. yang ni musuh ketat dia GA pihak lawan. dia kene jaga ketat2 GA pihak lawan sama ada kawasan gol ke tengah ke kawasan jaring .. ini nama dia caras bola .. kene garang supaya pihak lawan takut .. =)
Tugas utama WA ni ialah menghalang segala gerak geri yang lincah dan segala hantaran yang speed tahap 180km/j daripada WA pihak lawan dalam bulatan jaringan. WD boleh menjadi seorang penyerang yang kejam apabila bola dihantar ke tengan atau dalam oleh pihak lawan. WD pulak boleh jadi penahan dan boleh juga join WA menyerang .. mcam gila kuasa sikit WD ni .. =)
Kerja dia menyerang jela .. GA harus bekerjasa dengan C, WA dan GS. GA selalunya akan terima hantaran tengah dan bertindak sebagai penyerang yang menggunakan senjata iaitu bola .. eheheheh ... lari tajuk pulak ..
Dalam 1 team harapan yang paling tinggi ialas GS .. segala luck sume kat tangan GS .. sebab itu pemilihan GS amat amat penting .. GS pulak kena pandai amik peranan dalam menjayakan tugas penting ni .. sekali tak masuk mungkin boleh salah kan angin .. kali kedua mungkin boleh salah kan matahari.. kali ke 3 tak masuk mungkin kene menjerit dengan player lain ..
Tugas utama Centre ini adalah menyerang dan dia juga player yang startkan hantaran tengah. Centre ini bebas pengerakan dia sebab keseluruhan kawasan ialah tanah dia.. Kira tuan tanah lah dia ni. dia boleh menjelajah semua tempat tetapi bukan di kawasan D .
Dulu zaman2 admin main Netball ni Centre team admin mesti seorang kurus kecik dan adalah seorang player lumba lari pecut .. ni juga salah satu strategi untuk dapatkan player C yang lincah dan banyak stamina.
No comments:
Post a Comment